Seronoknya Berkhidmat Sebagai Penjawat Awam

Pendahuluan;

Siapa kita?  Jelas terang lagi bersuluh kita tahu siapa kita kerana setiap hari terkecuali pada hari minggu bagi negeri misalnya Jumaat dan Sabtu kita bercuti dan tidak pergi ke tempat kerja.  Di mana tempat kita bekerja?  Di Jabatan, Pejabat, Sekolah dan sebagainya;  merujuk kepada surat arahan penempatan awal kita semasa mula-mula mendapatkan pekerjaan tersebut.

Seronok, riang gembira setelah mendapat kerja.... aku dapat kerja, aku dapat kerja, dapat kerja dengan kerajaan akan terjamin masa depan ku.  Dapat gaji, dapat pencen dan sebagainya.

Hari pertama mula lapur diri dengan berpakaian kemas.  Saya mai lapur diri untuk jawatan sekian, jawatan sekian.  Oh, di mana saya mula lapur diri tugas pertama saya?  Di sekolah menengah sebagai seorang Pelayan Pejabat Sekolah Menengah Seri Gunong, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 15 Julai 1986.  Disambut baik oleh Kerani Sekolah tersebut Encik Yap Sia Hock dan Puan Hajjah Rahmah.

Di persila dengan baik, hadir sama seorang lagi untuk jawatan yang sama.  Saya kena bertugas pagi dia perlu bertugas sebelah petang.  Tugas pertama saya perlu Saiklostail Kertas soalan peperiksaan, sidia itu dengan peel awal maklum tak tau nak buat.  Oh boleh kata tak tau dan boleh terlepas dari buat kerja.

Tak lama dia tu kerana dapat tawaran ke Maktab Perguruan.  Saya kesaorangan dalam menjalankan tugas sebagai Pelayan Pejabat.  Datang awal pagi buka pejabat,  cuci pejabat, cuci bilik Pengetua Tuan Haji Shuib Ismail, cuci bilik Penolong Kanan Petang cik gu Halim, bilik Penolong Kanan pagi cik gu Mustapa Tupir Muhamad.

MENINGKAT NAIK

Tahun 1986, baru berumur 24 tahun belum pun sampai suku abad kerja yang di cari dan dilakukan dengan baik.  Pertama sekali jaga hubungan baik dengan semua orang pentadbir, rakan senior, guru-guru, pekerja Pak Rahim, Pak Non dan Pak Lan tukang kebun, Jaga Sekolah,  pembantu Makmal Pak Ibrahim Sabu dan Allahyarham Abang.  Menurut perintah, melaksanakan tugas tanpa membantah.  Wujudkan keseronokan bekerja setiap hari dari Hari Ahad hingga Hari Khamis.

Saiklostail Kertas Soalan, kertas nota pelajaran, ketip dan serahkan kepada setiap guru setiap hari dengan pantas dengan cepat supaya proses pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna.  Hantar relief kepada guru suatu tugasan penting yang perlu dilakukan setiap hari disamping kerja lain.  Lakukan dua kerja sekali,  tiga kerja sekali.  Oh Ya masa tu tiada Whatapp;  kerja tanpa gangguan, tanpa komputer terkini yang amat mengganggu kerja tugasan harian kerana ada dalamnya You Tube serta lain-lain perisian yang dapat di akses bersama.

Agak awal jawatan aku disahkan dan di penghujung tahun aku diberi borang untuk memohon jawatan Pegawai Kerani Rendah (Pendidikan) oleh Kerani PPD Kota Setar; Abang Zaki yang garang tu.  Ni, aku simpan satu borang kat hang.  Balik isi esok hang mai hantar balik kat aku.  Ok, boss.

Aku dipanggil temuduga di Jabatan Pendidikan, dapat jawapan diterima dan ditempatkan di JPN Kedah.  Lapor diri pada 15 Julai, 1987 di JPN Kedah diberi taklimat oleh CC Bang Jaafar bin Mansor tentang tugasan dan di dampingi oleh Kerani Senior.  Depa pun tak tau nak ajar apa cuma bagi kerja yang depa dok buat.  Kena rekod cek yang diterima satu persatu;  senang banyak si Kerani tu tugas boleh bagi orang lain buat.  Banyak cantik...

Aku mohon pada CC untuk terus lapor diri di Sekolah Kebangsaan Badang, 09700 Karangan, Kedah Darul Aman. Sebelumnya aku pernah dengar tentang sekolah tu dan kebetulan Pak Saudara aku ada di Kulim dan dia yang hantar aku ke sekolah tersebut. 

Dengan motor Fame aku PBC 4669 aku ke sekolah dan menyewa dengan rakan-rakan Ustad dan seorang PAR Asmadi.  Dari sebuah rumah ke sebuah rumah bermula di Kilang Lama ke Taman PKNK dan seterusnya ke Kantin SK Badang.



Comments