Posts

Seronoknya Berkhidmat Sebagai Penjawat Awam

Pendahuluan; Siapa kita?  Jelas terang lagi bersuluh kita tahu siapa kita kerana setiap hari terkecuali pada hari minggu bagi negeri misalnya Jumaat dan Sabtu kita bercuti dan tidak pergi ke tempat kerja.  Di mana tempat kita bekerja?  Di Jabatan, Pejabat, Sekolah dan sebagainya;  merujuk kepada surat arahan penempatan awal kita semasa mula-mula mendapatkan pekerjaan tersebut. Seronok, riang gembira setelah mendapat kerja.... aku dapat kerja, aku dapat kerja, dapat kerja dengan kerajaan akan terjamin masa depan ku.  Dapat gaji, dapat pencen dan sebagainya. Hari pertama mula lapur diri dengan berpakaian kemas.  Saya mai lapur diri untuk jawatan sekian, jawatan sekian.  Oh, di mana saya mula lapur diri tugas pertama saya?  Di sekolah menengah sebagai seorang Pelayan Pejabat Sekolah Menengah Seri Gunong, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 15 Julai 1986.  Disambut baik oleh Kerani Sekolah tersebut Encik Yap Sia Hock dan Puan Hajjah Rahmah. Di persila dengan baik, hadir sama seorang